Tips dan idea penggunaan rumput tiruan, kelebihan dan kekurangan serta cara pemasangannya
IDEA PENGGUNAAN RUMPUT TIRUAN Rumput tiruan adalah satu produk yang tidak asing bagi industri pelantaian dan juga industri dekorasi dalaman. Bagi yang tidak mengetahui, rumput tiruan adalah produk yang diperbuat daripada produk sintetik Polyvinyl Chloride (PVC) dan campuran bahan lain. Rumput tiruan adalah antara produk yang fleksible kerana ia boleh digunakan hampir di keseluruhan kawasan, luar atau dalaman. Kebiasaanya ia digunakan di kawasan padang, atau laman rumah, tapi tahukah anda rumput tiruan juga boleh digunakan di kedai atau pejabat, tempat haiwan peliharaan, sebagai pelapik lantai dan juga dinding di dalam atau luaran rumah, pejabat atau banggunan komersial? Rumput tiruan mempunyai kebolehupayaan untuk digunakan di mana-mana kawasan kerana materialnya yang kalis air, tidak mudah rosak, dan sifatnya yang berwarna hijau, menenangkan fikiran dan berupaya mengurangkan stress jika digandingkan dengan tema 'natural'. KELEBIHAN DAN KEKURANGAN Banyak sebenarnya kebaikkan r...