Tips dan idea penggunaan rumput tiruan, kelebihan dan kekurangan serta cara pemasangannya


IDEA PENGGUNAAN RUMPUT TIRUAN

Rumput tiruan adalah satu produk yang tidak asing bagi industri pelantaian dan juga industri dekorasi dalaman. Bagi yang tidak mengetahui, rumput tiruan adalah produk yang diperbuat daripada produk sintetik Polyvinyl Chloride (PVC) dan campuran bahan lain. Rumput tiruan adalah antara produk yang fleksible kerana ia boleh digunakan hampir di keseluruhan kawasan, luar atau dalaman. Kebiasaanya ia digunakan di kawasan padang, atau laman rumah, tapi tahukah anda rumput tiruan juga boleh digunakan di kedai atau pejabat, tempat haiwan peliharaan, sebagai pelapik lantai dan juga dinding di dalam atau luaran rumah, pejabat atau banggunan komersial? Rumput tiruan mempunyai kebolehupayaan untuk digunakan di mana-mana kawasan kerana materialnya yang kalis air, tidak mudah rosak, dan sifatnya yang berwarna hijau, menenangkan fikiran dan berupaya mengurangkan stress jika digandingkan dengan tema 'natural'. 





KELEBIHAN DAN KEKURANGAN

Banyak sebenarnya kebaikkan rumput tiruan ini selain yang disebutkan diatas, antaranya rumput tiruan kebiasaanya digunakan sebagai pengganti rumput asal kerana kos penjagaan bulanan yang rendah, mempunyai kurang penjagaan kerana ia diperbuat dari bahan sintetik, dan juga ia sentiasa kelihatan 'fresh' walaupun kurang penjagaan. Pemasangan rumput tiruan ini sangatlah mudah, namun bagi pemasangan yang lebih cantik, tersusun dan lebih kemas, ia memerlukan teknik yang betul. Tidak semua produk sempurna, dan setiap yang baik pasti akan ada buruknya, antaranya produk rumput tiruan yang berkualiti sangatlah tinggi modal yang diperlukan, bila penyek / leper / tidur ia akan nampak nipis (ia terjadi akibat dari lapikkan/tindihan objek berat diatasnya secara berterusan), dan ada kemungkinan sesetengah rumput tiruan mudah luntur warnanya. Kebanyakkan rumput tiruan juga datang dengan lebar yang tetap(6.5kaki), jadi anda tidak boleh mendapatkan saiz 'ngam-ngam' jika ukuran anda tidak mengikut saiz lebar rumput tiruan, namun ini dapat diselesaikan dengan khidmat nasihat salesperson jadi jangan risau. 






PEMASANGAN RUMPUT TIRUAN

1. Lakukan kaji selidik, dapatkan idea mengenai rumput tiruan yang di inginkan 

Pemasangan rumput tiruan yang kemas boleh meningkatkan ketahahan rumput tiruan tersebut, di samping memberikan kemasan yang lebih cantik. Pertama sekali, anda perlu ada idea untuk penggunaan rumput tiruan di laman / kawasan anda. Jika anda membeli rumput tiruan terlebih dahulu tanpa melakukan sebarang kaji selidik mengenai idea-idea penggunaan rumput tiruan, ada kemungkinan besar anda akan membazir, atau kemasan rumput tiruan tidak seperti yang anda inginkan. Naya tak naya nanti kena bebel dengan pasangan sebab membazir. Apa-apa boleh bincangkan dulu sebelum membuat keputusan, lebih-lebih lagi bagi lelaki. Nak decide tolong tanya pihak perempuan dulu. Nanti dia merajuk tak pasal-pasal sebab laman dia kena gubah tak ikut kehendak dia. Bagi yang single, hm maaflah cuba lah tanya salesperson tu mana tahu belum berpunya..hehe

2. Dapatkan ukuran luas kawasan (Lebar X Panjang) dan lakaran jika boleh


Kedua, setelah mendapat idea atau ilham, atau setelah 'berbincang', anda boleh mendapatkan dulu ukuran kawasan yang anda inginkan, Lebar X Panjang. Ini sangat penting kerana apabila tiba di kedai dan anda tidak tahu ukuran, nanti anda tidak tahu berapa banyak yang anda perlu beli. Mengambil gambar sahaja juga tidak dapat membantu kerana salesperson, penjual atau pembekal bukanlah tok bomoh atau tukang tilik yang boleh tahu ukuran anda hanya dengan melihat gambar anda. Sedangkan anda yang menetap / menggunakan kawasan tersebut pun tidak tahu, inikan lagi penjual atau pembekal. Dengan adanya ukuran sebelum tiba di kedai adalah sangat membantu, dan jika anda ada lakaran kawasan lagi baik, kerana salesperson rumput tiruan dapat memberikan idea, anggaran dan penjimatan yang perlu untuk kawasan anda.

3. Rancang bentangan rumput


Ketiga, jeng jeng jeng! Dah dapat rumput tiruan. Tahniah kepada anda yang kekal pada pemilihan asal rumput tiruan anda (sebab banyak kes perempuan tukar last minit nak rumput yang mana atau tak boleh nak decide haih). Bila dah dapat rumput tiruan ni, anda dah boleh start plan tentang bentangan rumput tiruan mengikut idea anda, atau boleh ikut nasihat dari salesperson. Kebanyakkan rumput tiruan mempunyai kecondongan 30 darjah, jadi perlu berhati-hati dalam memasang dan membentang rumput tiruan kerana ia akan memberi kesan yang agak besar dalam kemasan akhir anda nanti. Bagi pemasangan di lantai simen atau tiles, boleh terus bentang jika di dalam rumah, add on double sided tape untuk mengelakkan rumput dari bergerak-gerak. Jika di luar rumah dan masih tiles atau simen, boleh gunakan gam silikon, tapi takperlu gunakan di seluruh backing rumput. Cukup di 'border' bucu2 atau di setiap cantuman rumput sahaja. 

4. Teknik dan alatan pemasangan yang betul

Untuk di laman atas tanah, nak terus bentang boleh tapi nanti akan ada kemungkinan yang rumput original akan tumbuh dari celahan rumput tiruan, kebiasaanya di border rumput tiruan. Cara bagi mengelakkan ini dari berlaku, boleh menggemburkan tanah terlebih dahulu, buang rumput asal dan akarnya, dan ratakan semula tanah. Jangan lupa untuk mampatkan tanah. Anda kemudian ada pilihan untuk menambahkan weedmat atau drainage cell atau tidak. Bagi drainage cell, boleh kenal pasti rumput tiruan anda ada lubang untuk pengaliran air atau tidak. Jika ada boleh add drainage cell bagi melancarkan pengaliran air. Jika tidak bertakung la yopp laman rumah tu bila hujan, jadi kolam menternak ikan tak pasal-pasal. 


Bentang rumput terlebih dahulu, kemudian potong rumput mengikut lekukan di ruangan anda. Pemotongan digalakkan menggunakan pisau cutter kerana jika menggunakan gunting, anda akan terpotong rumput diatasnya sekali. Gunakan pisau cutter dan potong rumput tiruan dari backingnya. Sekali lagi saya ingin ingatkan, pastikan kecondongan rumput tiruan adalah sama bagi kesemua bentangan. Setelah siap bentangan, tambahkan turf nail untuk mengelakkan rumput dari bergerak dari tempat mereka. Letakkan di setiap sambungan rumput, dan di border rumput. Di bahagian tengah rumput tiruan juga letakkan turf nail jika ingin menguatkan lagi kedudukan rumput tiruan. Pastikan jarak turf nail antara 1 sama lain adalah di ratio yang sama, kebiasaanya kami suggestkan jarak setiap 3 kaki ke 4 kaki dari setiap turf nail yang lain. Turf nail ni tak wajib, tapi dapat memberikan kemasan yang lebih mantul lagi untuk laman anda.


TIPS TAMBAHAN - 

Sebagai maklumat tambahan untuk anda, rumput tiruan datang dengan ketebalan berbeza, dan sesetengah ada jenis2 kegunaanya tersendiri, umumnya untuk dalaman (kawasan tidak terkena cahaya matahari / berbumbung) atau luaran (kawasan yang kena direct cahaya matahari). Boleh bertanya kepada salesperson terlebih dahulu berkenaan rumput tiruan tersebut sebelum membuat pembelian. Harga rumput tiruan berbeza mengikut kedai, kualiti yang ditawarkan juga berbeza, jadi boleh buat 'survey' terlebih dahulu sebelum membuat sebarang pembelian. Rumput mempunyai porus pengaliran air atau tidak, ia juga adalah ciri penting yang perlu diketahui.

Antara pembekal rumput tiruan terbaik adalah dari Al Aqsa Carpets. Rumput yang dijual ia menepati ciri-ciri diatas, dan Al Aqsa Carpets memberikan sebut harga, tips dan teknik serta video secara percuma sahaja. Sebarang maklumat lanjut boleh didapatkan melalui talian berikut -
Shopee - alaqsacarpets - Rumput Tiruan Shopee
Lazada - alaqsacarpets - Rumput Tiruan Lazada
Livechat - aqsaonlinestore.com.my - Rumput Tiruan
       - alaqsacarpets.com - Rumput Tiruan
Whatsapp - http://www.wasap.my/+60162248425


#RumputTiruan, #KarpetRumputTiruan, #RumputTiruanMurah, #KarpetRumputTiruanMurah, #KarpetRumput, #RumputPlastik, #RumputPalsu, #RumputPalsuMurah, #HargaRumputTiruan, #HargaMurah, #PembekalRumputTiruan, #PembekalArtificialGrass, #ArtificialGrass, #ArtificialGrassMurah, #PembekalRumputTiruanMurah


Comments

Popular posts from this blog

Cara 'DIY' kan sendiri laman anda menggunakan rumput tiruan!

Mudah dibersihkan dan tak perlu penjagaan yang rapi! Jom dapatkan rumput tiruan eksklusif dari Al Aqsa Carpets.