Kebaikan Menggunakan Rumput Tiruan

  • BOLEH DIPASANG DI DALAM DAN DI LUAR RUANGAN SERTA TAHAN LASAK

Pemasangan rumput tiruan di dinding bilik mesyuarat

Semua jenis rumput tiruan kami boleh di pasang sama ada di luar atau di dalam ruangan. Sama ada di permukaan bersimen atau bertanah, malah rumput tiruan dari Al Aqsa Carpets juga boleh di pasang di dinding sebagai hiasan. Di Al Aqsa Carpets, rumput tiruan ini juga direka khas untuk kegunaan sukan seperti di padang golf, padang bola sepak dan padang futsal. Kenapa rumput tiruan ini sesuai untuk luar dan dalam kawasan rumah??? Hal ini kerana setiap rumput tiruan dari Al Aqsa Carpets mempunyai bebenang USA dan UAE serta backing 100% PVC, menjadikan rumput tiruan tahan lasak dan tahan lama. Rumput tiruan kami juga mempunyai lapisan UV untuk memastikan kualiti warna rumput tiruan tidak cepat pudar dan rosak.


  • KOS PENJAGAAN YANG MENJIMATKAN

Pemasangan Rumput Tiruan Aqsa di halaman rumah



Kos penjagaan rumput tiruan lebih rendah berbanding dengan rumput biasa. Hal ini kerana rumput biasa memerlukan belanja yang tinggi untuk proses penanaman, lencongan air, penyelenggaraan dan penjagaan. Berbanding rumput tiruan, anda hanya memerlukan kos bekal atau siap pasang paa awal proses sahaja. Tiada kos tambahan atau penyelengaraan untuk jangka masa panjang. Anda akan dapat penjimatan berganda dan tanpa perlu risau tentang kos penjagaan.


  • BOLEH DIGUNAKAN SEPANJANG HAYAT
Pemasangan di kawasan luar rumah 

Pemasangan di ruang parking depan rumah


Anda tidak perlu mengeluarkan modal yang banyak untuk rumput tiruan ini selepas pemasangan. Ini kerana rumput tiruan dari Al Aqsa Carpets tidak memerlukan modal yang banyak untuk diselenggara dan dibaja. Ia juga boleh digunakan sepanjang hayat kerana ia boleh diletakkan dikawasan luar dan dalam rumah. Rumput tiruan ini boleh dipasang dan diletakkan direct pada matahari dan takkan membuatkan rumput tiruan ini pudar atau berubah warna. Jangka hayat rumput tiruan ini juga boleh bertahan selama 5 tahun ke atas mengikut penjagaan dan persekitaran. Selain itu, ianya mempunyai ketahanan yang lama kerana diperbuat daripada 100% PVC. Barang berkualiti dengan harga kilang hanya di Al Aqsa Carpets.

*Bacaan tambahan - Cara DIY laman sendiri
  • LEBIH STABIL DAN  LEBIH SELAMAT
Pemasangan rumput tiruan di shopping mall


Penggunaan rumput tiruan terutama di padang bola lebih jimat kerana tiada masalah air bertakung, rumput mati atau panjang mahupun tanah mendap akibat cuaca tidak menentu. Rumput tiruan dari Al Aqsa Carpets mempunyai lubang air setiap 6 inci untuk pengaliran air. Jadi tiada masalah air bertakung untuk ruangan anda. Dengan lapisan UV yang tinggi, warna rumput tiruan akan lebih tahan lama dan tidak cepat pudar. Malah menggunakan rumput tiruan boleh menjamin keselamatan pemain terutama jika terjatuh atau tergelincir di atas padang. Hal ini kerana rumput tiruan bertexture halus dan tidak kasar, tidak mencalarkan kulit dan mempunyai lapisan rumput yang tebal untuk melindungi pemain dari terhentak dengan permukaan tanah. Bermaterial 100% PVC rumput tiruan ini lebih tahan lasak dan tahan lama berbanding rumput biasa.

Dapatkan lebih info di Tiktok Al Aqsa Carpets @alaqsacarpets1 dan @bosskarpets

Jika anda berminat untuk membeli rumput tiruan ini dan inginkan lagi discount dari mereka, anda boleh terus contact PRO RUMPUT TIRUAN atau email terus untuk dapat quotation atau pergi terus ke laman web Al Aqsa Carpets dan order sekarang juga! Dan anda boleh tunjukkan blog ini untuk lagi discount!

Comments

Popular posts from this blog

Tips dan idea penggunaan rumput tiruan, kelebihan dan kekurangan serta cara pemasangannya

Cara 'DIY' kan sendiri laman anda menggunakan rumput tiruan!

Mudah dibersihkan dan tak perlu penjagaan yang rapi! Jom dapatkan rumput tiruan eksklusif dari Al Aqsa Carpets.